Sunday 29 June 2014

Tips berpuasa untuk ibu hamil

Assalamualaikum ibu2 sekalian..Ahlan wasahlan ya Ramadhan...

Memandangkan esok da start berpuasa, so marilah kita same2 belajar tips2 puasa untuk ibu hamil..Apabila berpuasa, sudah tentu kita tidak boleh makan sekerap biasa. Namun, kita boleh makan sehingga 3 kali iaitu ketika bersahur, berbuka & sela masa antara berbuka & bersahur. 
Sekarang kandunganku da cecah 38 minggu. Walaupon da sarat, tapi still rase nak puasa jugak selagi mampu & selagi tidak membahayakan baby dalam kandungan. InsyaAllah..Yang penting kene bersahur dengan makanan yang boleh memberikan tenaga untuk sepanjang hari berpuasa..

Semasa bersahur:
Bersahur sangat2 penting untuk ibu hamil. Semasa bersahur, seelok2nya makan buah2an seperti kurma dan pisang atau makanan bijiran berserat tinggi dengan susu krim rendah lemak. Alternatif lain, korang boleh juga mengambil nasi beras perang atau roti bijian penuh yang dimakan bersama kuah masakan. Jangan lupe minum air masak sekurang2nya 2 liter sebelom habis waktu bersahur untuk mengelakkan dehidrasi..Elakkan makanan bergula yang boleh menyebabkan paras gula tinggi mendadak. Teh juga perlu dielakkan sewaktu bersahur kerana ia boleh menyebabkan penyahidratan.


Semasa berbuka
Mulakan buka puasa/iftar dengan 3 biji  buah kurma atau jus kurma. Kurma bagus untuk meneutralkan semula tahap gula dalam darah. Korang juga boleh minum susu atau yogurt rendah lemak. Makan apa2 sup (disarankan ambil sup jernih). Seterusnya, makan makanan yang mengandungi protein (ayam, daging,ikan @ kekacang), karbohidrat kompleaks (nasi atau roti bijian penuh) dan sayur-sayuran yang boleh disediakan dalam apa jua bentuk / jenis masakan.
Peringatan: Utamakan makanan berkarbohidrat yang mudah dihadam & elakkan pengambilan makanan yang tinggi kandungan lemaknya .

Namun, jika korang mengalami keadaan2 seperti yang tersenarai di bawah, disarankan agar segera berbuka puasa untuk mengurangkan risiko kepada bayi & ibu hamil itu sendiri:

  • tiba2 mengalami pendarahan walaupon sedikit
  • kontraksi pramatang i.e. 4 kali atau lebih dalam masa sejam (biasanya disebabkan oleh penyahidratan)
  • terlalu letih
  • pening @ sakit kepala yang teruk
  • bayi dalam kandungan kurang bergerak
  • hyperglacemia akibat kurang gula
  • penglihatan menjadi kabur
O.k lah setakat tu jer perkongsian daku arini.. Selamat berpuasa untuk seluruh umat Islam di dunia ini especially untuk ibu2 hamil. =)



No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...