Thursday 28 March 2013

La Praise Vitalift Serum

La Praise Vitalift Serum ~ Botanical Stem Cell

Assalamualaikum & good morning to all dear readers!
Fuh, lame giler x update blog ni..dah bersawang da gamaknyer..huhu
Hmm..x kisahla..yang penting arini nak bercerita pasal la praise serum yang tengah hot kat FB skrg...hehe
Before this tak pernah pon dengar pasal serum ni, apatah lagi tuk mencubanya..
Tapi aritu dapat free trial set from company sempena anugerah SM/SSM this year..best tuh..

La Praise Skin Care

Lepas dapat aritu tak terus try pon..Sebab macam tak tertarik lagi nak pakai masa tuh..
Lepas tengok testimoni dari Kak Nur sendiri..yg memang jelas nampak kesan parut die da makin pudar pas pakai serum tu dalam seminggu, terus berminat nak pakai..
Yela, nak jugak hilang2kan parut kat muka ni, sebab geram tgk kulit muka sendiri.eventhough boleh cover ngan makeup, tapi xkan nak gi kedai depan umah pon nak pakai makeup kan..huhu
I'm sure mesti semua wanita nak kulit yang cantik & sihat gitu..same goes for me..=)

So, lebih kurang 4 minggu lepas, aku start pakai trial set yg compay bagi..
Actually ade 2; 1 La praise vitaGlow cleansing water (for glowing skin), 1 lg La praise vitalift serum (for skin repair)
Before pakai tu search dulu pasal La praise serum ni..
Ni info yang aku dapat pasal La praise serum ni..

Kenapa La praise serum ni diciptakan?

"Kehilangan fungsi biologi yang disertai dengan kemerosotan kesuburan dan peningkatan kadar kematian sel  stem kulit berikutan dengan peningkatan usia menyebabkan penyakit penuaan seperti gangguan berwarna pigmen, pengurangan perlindungan antioksidan, kemerosotan kualiti kulit dan kelambatan dalam penyembuhan kulit.
Dengan pengenalan Vitalift Serum, yang terdiri daripada PhytoCellTecTMSwiss Apple dan PhytoCellTecTMAlp Rose, kombinasi yang inovatif membantu melindungi sel stem kulit manusia. Selain itu, Pheno-SFETM, ekstrak Pu-erh yang bertindak sebagai antioksidan turut membantu melindungi sel daripada tekanan oksidatif, dengan itu memerangi kronologi penuaan dan meningkatkan daya hidup sel stem kulit."

                                              
                                                Kandungan utama La praise serum?

 Sel stem epal (Ekstrak kultur sel buah-buahan Malus Domestica - memelihara ketahanan sel stem kulit, melewatkan kemerosotan sel penting, memerangi kronologi penuaan, mengekalkan keremajaan dan kesihatan kulit.
 Sel stem daun Alp Rose (Ekstrak kultur sel daun Rhododendron Ferrugineum) - menggalakkan ketahanan sel stem kulit, menguatkan ketahanan kulit serta memberikan perlindungan yang lebih baik untuk kulit khasnya terhadap tekanan iklim.
 Ekstrak daun Camellia Sinensis (Pheno-SFETM) - Epigallocatechin gallate (EGCG) dalam ekstrak daun Pu-erh, bertindak sebagai antioksidan membantu meneutralkan radikal bebas, dengan ini mengurangkan serangan radikal bebas terhadap kulit, yang merupakan faktor luaran penuaan kulit.
Since kandungan la praise ni adalah daripada buah2an (no chemicals~itu yg penting), so memang x risau la tuk cube serum ni..Lagipon kite sendiri tau kan epal tu memang bagus tuk kulit..pe lagi, mari mencuba!
1st time pakai serum ni, memang x dinafikan serum ni sangat cepat meresap ke dalam kulit..Ia meresap ke lapisan paling dalam iaitu lapisan ketiga kulit, sebab tu la serum ni berupaya membaikpulih kulit dari dalam..
After pakai, jangan lupa usap pipi masing2 yer..memang rase sangat lembut, just like a baby skin =D
After 2 weeks pakai serum ni, dah mula nampak kesannya. Yang paling ketara kulit da x berminyak cam dulu lagi (even mase tu panas terik), parut2 yg mencacatkan muka dah mula pudar & paling best liang2 roma makin mengecil. Actually dah lame cari product yg boleh kecilkan liang roma ni, tp x jumpe2 smpaila bertemu ngan serum ni...Oh sygnyer aku kt ko serum...hehe
Esok la yer aku update gambar2 after pakai 2 minggu pakai & gambar terkini..(sbb da lewat malam da..huhu)

                                                       Cara pakai La praise serum?


Senang jer caranyer..Sapu dengan rata pada muka dan leher sebaik sahaja mencuci muka dengan pembersih dan toner. Urut dengan perlahan-lahan. Guna 2 kali sehari; pagi dan malam.

Kebaikan La praise serum?

    • Menjadikan kulit muka anda lebih anjal, tegang dan gebu.
    • Menggalakkan pembaharuan, pemulihan dan pertumbuhan semula kulit.
    • Mengaktifkan sel-sel kulit yang tidak aktif.
    • Melancarkan sintesis kolagen dan peredaran mikro pada kulit.
    • Mengembalikan keseimbangan lembapan kulit serta keseimbangan pH.
    • Memberi perlindungan antioksidan terhadap ancaman UV dan radikal bebas
    • Melembutkan, menghaluskan dan melicinkan tekstur kulit.
    • Menyegarkan, mencerahkan dan meremajakan wajah.

    Kesemua kebaikan penggunaan serum ni dah terbukti pada diriku, kak Nur, & ramai lagi yang da pakai serum ni..Mane lagi nak cari serum yang murah tapi ade banyak functions!Memang appreciate sangat Hai-o sebab da introduce product yang hebat ni! Pa pon, kte tengok testimoni esok yer..Kl nak tengok live testimoni pon boleh (tuk sape2 yang kenal diriku..hehe)

    OK, since sekarang pon da kol 1am (FYI, entry ni ditulis tengah malam semalam), esok pon keje lagi, patik mohon diri dulu la yer...
    See u again my dearest readers!

    안녕 !!
     =)




No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...