Sunday 29 June 2014

Tips berpuasa untuk ibu hamil

Assalamualaikum ibu2 sekalian..Ahlan wasahlan ya Ramadhan...

Memandangkan esok da start berpuasa, so marilah kita same2 belajar tips2 puasa untuk ibu hamil..Apabila berpuasa, sudah tentu kita tidak boleh makan sekerap biasa. Namun, kita boleh makan sehingga 3 kali iaitu ketika bersahur, berbuka & sela masa antara berbuka & bersahur. 
Sekarang kandunganku da cecah 38 minggu. Walaupon da sarat, tapi still rase nak puasa jugak selagi mampu & selagi tidak membahayakan baby dalam kandungan. InsyaAllah..Yang penting kene bersahur dengan makanan yang boleh memberikan tenaga untuk sepanjang hari berpuasa..

Semasa bersahur:
Bersahur sangat2 penting untuk ibu hamil. Semasa bersahur, seelok2nya makan buah2an seperti kurma dan pisang atau makanan bijiran berserat tinggi dengan susu krim rendah lemak. Alternatif lain, korang boleh juga mengambil nasi beras perang atau roti bijian penuh yang dimakan bersama kuah masakan. Jangan lupe minum air masak sekurang2nya 2 liter sebelom habis waktu bersahur untuk mengelakkan dehidrasi..Elakkan makanan bergula yang boleh menyebabkan paras gula tinggi mendadak. Teh juga perlu dielakkan sewaktu bersahur kerana ia boleh menyebabkan penyahidratan.


Semasa berbuka
Mulakan buka puasa/iftar dengan 3 biji  buah kurma atau jus kurma. Kurma bagus untuk meneutralkan semula tahap gula dalam darah. Korang juga boleh minum susu atau yogurt rendah lemak. Makan apa2 sup (disarankan ambil sup jernih). Seterusnya, makan makanan yang mengandungi protein (ayam, daging,ikan @ kekacang), karbohidrat kompleaks (nasi atau roti bijian penuh) dan sayur-sayuran yang boleh disediakan dalam apa jua bentuk / jenis masakan.
Peringatan: Utamakan makanan berkarbohidrat yang mudah dihadam & elakkan pengambilan makanan yang tinggi kandungan lemaknya .

Namun, jika korang mengalami keadaan2 seperti yang tersenarai di bawah, disarankan agar segera berbuka puasa untuk mengurangkan risiko kepada bayi & ibu hamil itu sendiri:

  • tiba2 mengalami pendarahan walaupon sedikit
  • kontraksi pramatang i.e. 4 kali atau lebih dalam masa sejam (biasanya disebabkan oleh penyahidratan)
  • terlalu letih
  • pening @ sakit kepala yang teruk
  • bayi dalam kandungan kurang bergerak
  • hyperglacemia akibat kurang gula
  • penglihatan menjadi kabur
O.k lah setakat tu jer perkongsian daku arini.. Selamat berpuasa untuk seluruh umat Islam di dunia ini especially untuk ibu2 hamil. =)



Saturday 28 June 2014

Tanda2 nak bersalin..

Bila fikirkan dah makin dekat ngan EDD, makin nervous lak rasenyer..tapi x sabar pon ade..But my mom cakap x perlu fikir sangat, berdoa je moga2 urusan kita dipermudahkan..insyaAllah mak..Tapi, aku yakin sume bakal ibu especially first time mom mesti nak tau or kene ambil tau jugak ape tanda2 kita hampir nak bersalin.. Aku summary kan dalam blog ni supaya senang jadi rujukan (for me la :))
Baby engage
Engage or dalam bahasa mudahnye bayi turun ke bawah. Biasenye utk 1st time mom, baby akan mula turun ke bawah 2~4 minggu sebelom EDD. Perut menjadi ringan sekitar 2 mggu sebelum kelahiran kerana kepala bayi sudah turun ke kawasan rangka tulang pelvis. Korang mungkin akan merasa:
1) sakit di bahagian kelangkang kerana bayi menekan
2) Kerap buang air kecil sebab kepala baby dah tekan pundi kencing
3) sakit perut, memulas
4) Kerap buang air besar
5) Kerap terkentut

Sakit belakang bahagian bawah
Apabila baby dah semakin ke bawah dan semakin berat, korang akan rasa sakit di belakang & pelvis akibat ligamen rahim & pelvis mula meregang

Kontraksi braxton-hicks
Kontraksi ini bermula seawal 28 minggu. Tapi sekarang ni mungkin korang akan rasa kontraksi ni makin kerap & makin sakit seperti cramp semasa period. Walaupon kontraksi ini tidak sekuat kontraksi sebenar, tapi ia membantu menipis, memendek & membuka serviks. Biasenye bila tukar posisi kedudukan, kontraksi ini akan hilang ataupon berkurangan.

Keputihan
Maybe korang perasan keputihan akan menjadi lebih putih & pekat

Cirit-birit
Hormon kelahiran yang bertindak pada usus boleh menyebabkan kekejangan abdomen & longgar. Pergerakan usus yang kerap boleh mengosongkan usus dan boleh memberi lebih banyak ruang untuk laluan bayi. Hormon kelahiran juga boleh membuatkan korang rasa loya.

Bloody show (lendir pekat & pendarahan)
Bila baby da engage, ditambah pula dengan kontraksi Braxton-hicks, ini boleh menyebabkan plak mukus tertanggal. Plak mukus ini fungsinya menghalang sebarang kemasukan bendasing ke dalam serviks, sekaligus menghalang kuman merebak kepada bayi. Plak mukus berlendir pekat & bercampur darah. Ketiadaan plak ini membolehkan bayi bergerak ke bawah lagi dengan perlahan-lahan

Air ketuban pecah
1/10 ibu hamil mengalami kebocoran air ketuban sebelum kelahiran. Korang kena pergi hospital cepat2 kalau air ketuban da pecah sebab bimbang kalau2 air ketuban dah kurang dan ini boleh membahayakan baby.

Berat badan berkurangan
Berat badan akan berkurangan sedikit apabila masa bersalin hampir tiba

Kontraksi sebenar
Kontraksi sebenar berbeza dengan kontraksi palsu (braxton hicks). Kontraksi ini adalah tetap dan semakin kerap dari semasa ke semasa..

Setakat ni, xde lagi tanda2 besar seperti pecah ketuban, keluar darah or kontraksi sebenar. Tapi tanda2 lain macam baby engage, kerap membuang air kecil + besar, berat badan berkurangan, sakit belakang & sakit bahangian kelangkang tu memang da ade sebab kepala baby da tekan kat bawah. Kontraksi palsu or braxton hicks pulak makin kerap sekarang ni, cume kontraksi ni x tetap jer..Bila tukar posisi, kontraksi ni makin berkurangan..So, belom masenye la nak bersalin kan..
Agaknyer anak mama nak bagi mama peluang puase dulu kot..hehe
Pape pon, mama harap anak mama keluar sebelum due yer syg...

How about yours?da ade tanda2 belom?Do share with me k ;)

Saturday 21 June 2014

7 tips suami perlu tahu..

Assalamualaikum pembaca2 budiman sekalian..Malam ni terajin plak nak update blog..Da dekat2 nak due ni, makin banyak ilmu yang kene tau..Aku tertarik untuk berkongsi article dari majalah Pa&Ma (edisi Jun 2014)...iaitu 7 tips yang suami perlu tau saat isteri sedang sakit untuk melahirkan..

1) Sediakan keperluan diri
Rasanyer ramai dah sedia maklum proses kelahiran akan mengambil masa yang lame especially anak sulung (depends on case). So, si suami perlu la meneman isteri di wad. Jadi suami perlu bawak barangan peribadi seperti T-shirt, selipar & barang2 mandi. Jangan lupa bawak makanan sket in case kot2 lapar nanti

2) Tahu apa yang diperlukan isteri
Seelok2nya bincanglah dulu dengan isteri apa yang die mahu & xmahu sepanjang berada di bilik bersalin. Maklumlah bila isteri da sakit, mane la mampu nak fikir lagi kan..Cth, bila da sakit sangat, mungkin doc or nurse akan sarankan amik epidural or gas etonox, tapi isteri xnak...so tu semua tugas suami la utk maklumkan kepada doc or nurse

3) Tahu apa yang harus dijangkakan
ketika isteri sedang sakit , suami perlu memainkan peranan dengan membantunya mengurangkan rasa sakit yang dialami. Bagi orang Islam, seeloknya lafazkan doa Nabi Nuh (La ilaha illa anta subhanaka inni kuntu minazzolimin). Suami juga boleh berselawat & membuat solat hajat memohon kepada Allah agar dikurangkan sakit yang dialami isterinya dan semoga dipermudahkan segalanya..

4) Alihkan perhatian
Kontraksi yang dialami akan membuatkan si isteri tidak senang duduk. Suami boleh alihkan perhatian si isteri setiap kali kesakitan dialami, dengan harapan boleh membantu si isteri melupakan kesakitan yang dialaminya. Ajakla si isteri berbual kosong ataupon buatlah jenakan agar isteri tidak terlalu memikirkan sakit yang dialami.

5) Suami ialah orang utama
Walaupon si suami tiada pengalaman, tapi dialah yang menjadi tulang belakang & harapan si isteri saat2 isteri sedang kesakitan. Buatlah apa saje yang siperlukannya, termasuklah membeli makanan & minuman untuknya.

6) Bersedia membuat keputusan
Hanya si suami tahu apa yag si isteri mahukan. Dalam keadaan tertentu, si isteri mungkin tidak dapat membuat keputusan penting pada saat die perlu berdepan sakit kontraksi. So, suami hendaklah sentiasa bersedia membuat keputusan bila diminta untuk berbuat demikian.

7) Sabar menunggu
Proses kelahiran biasanye mengambil masa yang lama. Sebab itu lah suami hendaklah bersabar menunggu & setia menemani si isteri sepanjang masa =)

Hmmm..itulah sedikit sebanyak info yang aku dapat drp majalah Pa&Ma ni..Memang sejak pregnant suke sangat bace malajah ni sebab banyak info boleh dapat dari Pa&Ma ni...So, harap2 para suami sekalian at least da ade sedikit info ape yang perlu anda buat bila isteri tengah sakit nak bersalin (termasuklah my dearest husband..wink2 ;)

scan 3D / 4D di Klinik W.Y.Ko Kuantan

Flashback cerita 2 bulan yang lepas...

12 April 2014 ~ mase ni kandunganku baru berusia 27 minggu....Orang cakap kalau nak buat 3D/ 4D paling sesuai bila baby da 28 minggu ke atas. Antara 28~32 minggu la..sebab kalau lebih 32 minggu takut susah nak nampak muka & gender baby lak..sebab baby da besar...X sabar punye pasal, beria2 ajak hubby pergi Klinik W.Y.KO kat Jalan Beserah tu..(dekat je ngan car wash tu)

Klinik ni bukak setiap ari dari pukul 9.30 pagi ~ 6.00 petang (rehat sejam dari kol 1.00 sampai kol 2.00), kecuali ari ahad je bukak half day (9.30~1.00pm)..Kebetulan ari sabtu tu hubby x keje, terus ajak die pergi aritu...Kitorang g makan dulu sebab da lapar sangat..Dalam kol 12.30 camtu sampai kat klinik..Nasib baik x ramai sangat orang mase tu..Setengah jam tunggu, baru la sampai turn kitorang jumpe Dr.Ko..He is very soft spoken orangnyer, sampai kene pasang telinga betol2 barula dengar pe yang die cakap tu..Aku pilih untuk scan 4d (4D ni ade video sekali)..sebab dah alang2 scan kan. Lagipon video tu boleh dijadikan kenangan2 utk kami nanti..Maklomla anak sulung..hehe..Ape beza scan 3D and scan 4D ni?Aku x pandai sangat nak explain. Ape kate korang klik link ni..hee =)

Ok, now back to cerite asal. Tujuan utama nak wat scan 4D ni nak wat details cek on my baby selain nak tengok muka & scan gender baby...Alhamdulillah matlamat tercapai..At first, doc tu wat scan 2D cam biase, then barulah tukar kepada 4D..Doc tunjuk la tangan baby, kaki baby, siap suh bilang lagi jari baby =)
Lepas tu time paling susah bila nak dapatkan gambar yang clear part muke tu..My baby is malu2 kucing..Mula2 terlindung ngan tali pusat..Lepas tu doc gerak2 kan perut..tali pusat da x lindung muke da, tapi die tutup muke ngan tangan plak..Aiseh, pemalu betul anak mama ni..Disebabkan baby still xnak bagi kerjasama, doc pon scan bahagian gender plak..Die tunjuk ***** baby kat kitorang..then dengan yakin nyer die cakap ur baby is a **** (hee..saje nak wat surprise)..Kitorang actually x kisah pon boy/ girl, tapi kalau da tau gender tu makanye senang la sket nak membeli kan..hihi..Pastu doc try scan part muke sekali lagi, tapi malangnyer baby still tutup muke lagi..tapi sebelah jela.then doc suruh kami keluar dulu...Pastu 15 minit kemudian masuk semula, tapi still same jugak..nampaknyer baby memang nak bagi surprise kat mama & papa ni..hihi..xpela...nak wat camne...Then selesailah sesi scan2 ni..Doc print the best shot part muke baby & bagi kami CD which cost RM145 utk 4D scan.. Kalau scan 3D, Rm85 je...So far memang puas ati la scan kat klinik Ko tu..sebab lame jugak scan..Lagi lame scan lagi panjang la video baby kitorang dapat =)

Selain klinik Ko, ade lagi beberapa buah klinik / hospital yang menyediakan servis scan 3D/4D

1) Kuantan Medical centre (09-5142828) RM120 Scan 3D/4D - tapi kalau nak scan kat KMC kne buat appointment dulu
2) Kuantan Specialist Hospital (09-5678588)
3) Klinik S.T.Chong (depan KSH)
4) Klinik W.Y.Ko (09-5667809)

OK la..tu je untuk hari ni..
Gambar scan 3D akan dipost lepas baby da kuar, boleh?hee =)

Sunday 15 June 2014

Keperluan hospital ibu dan bayi

Alhamdulillah..4 weeks to go...Bila da masuk 36 weeks ni memang da wajib prepare siap2 beg hospital mama & baby..Mane tau kan baby nak kuar awal...Dah packing tu sepatutnyer letak dalam kete yg selalu gune siap2 (tapi aku x letak pon..hehe).Sebab tempat keje ngan rumah tu dekat je..sempat lg amik..Lain la kalau g jalan mane2..Memang kne standby dalam kete siap2..Ok, now jom kite tengok ape yg sepatutnyer kite prepare utk keperluan hospital mama & baby ni..(credit to K.Su for the list)

Keperluan Baby:
1 Baju lengan pendek + seluar 3 psg
2 Baju lengan panjang + seluar 3 psg
3 Kain lampin 2 helai
4 Wet tissue 1 pek
5 cotton buds 1 pek
6 Sarung tangan & kaki 5 psg
7 Minyak telon 1 botol
8 Pampers new born 12 keping
9 Kain tuala 2 helai
10 Selimut 2 helai
11 Barut 5 helai
12 Set mandian 1 set
13 Topi baby 1 helai



Keperluan mama:
1 Baju t-shirt/blouse 3 helai
2 Kain batik 2 helai
3 Tuala wanita 1 pek
4 Set mandian 1 set
5 Bengkung 1 helai
6 Minyak panas 1 botol
7 Sikat rambut 1
8 Seluar dalam 5 disposable + 3
9 Nursing bra 2 helai
10 Termos 1
11 Tuala 1 helai
12 Stokin 1 psg
13 Sweater 1 helai
14 Nursing pad (disposable) 1 pek 

Barang2 lain yang memang wajib ade seperti IC, kad nikah, buku merah (or mine is color orange) memang da sentiasa ready dalam handbag..Biskut, milo, roti, & barang2 makanan lain boleh dibeli kemudian...Yela, nak kene makan jugak eventhough da sakit2 tu..sebab kalau x makan nanti xde tenaga pulak nak push kan...Lagi bagus kalau ade kurma & air zam2...Kurma sangat bagus utk bekalkan tenaga ketika saat melahirkan..Mase dah sakit tu wajib makan walaupon sedikit. So, para suami sekalian make sure ur wife makan yer..Kalau boleh janganla masuk labour room dengan perut kosong (ni based on pengalaman2 kakak2/kawan2 yang dah ade pengalaman bersalin)


So, barang2 pon da siap pack...Just get ready for the big day =)
Harap2 dipermudahkan & semoga semuanya selamat..aminn..

#Kalau korang rase ade lagi barang yang perlu dibawak selain yang dalam list ni, do share with us k.. =)

Aktifnyer anak mama!

Assalamualaikum...hi semua!Just nak share d sweetest moment selama bergelar mak buyung aka ibu hamil ni...yg paling best bila dapat rase baby gerak2 dlm perut..best tau!sebenarnye since 22 weeks lagi da boleh rase baby tendang2 tapi x kuat la..sebab time tu baby kecik lg..skrg baby da besar..so makin kuat la tendangan hikmat & makin ligat la die berpusing2 dlm perut mama die ni..smpai kadang2 terase macam die men bola plak kat dalam perut ni..hihi..kdg2 rase geli pon ade, sakit pon ade..tp mama x kisah pon syg..asal mama tau baby mama ni sihat kat dalam tu :)
Anak mama ni bijak, time mama nak amik video je..die benti gerak..mcm tau2 je..hehe..tp aritu sempat la amik video jap..nak abadikan kenangan...nnti baby da besar boleh la mama tnjukkan video tu kat anak mama ni...



Lagi satu bila kite cakap2 ngan die seolah2 die faham & eventhough die xleh cakap lagi die akan bagi respon like tendang2 perut kite..hihi..sgt sweettttt :)
Alhamdulillah..syukur sgt2 dapat rase pengalaman mcm ni...
InsyaAllah x lame lagu kite jmpe yer syg :)

Saturday 14 June 2014

Mari membasuh!

Aishh!Tajuk xleh blah kan...hee..sebenarnyer da lame da nak tulis entry ni..tapi x berkesempatan..
ni cerite 4 minggu yg lepas..mase 32 weeks baru la start nak basuh sume baju & pakaian baby...byk jugak smpai 3 round basuh..basuh lak tu xleh pakai mesin...tapi disebabkan kesayangan mama dalam perut ni..bertabah jela :)
Sepatutnyer mase 7 bulan da kene siap basuh & prepare sume kelengkapan baby..manela tau kan kalau2 baby keluar awal.. tapi alhamdulillah x jadi kes macam tu..Sorry ye baby syg, mama ade mase time weekend jer nak buat sume ni..tapi pa pon skrg sumenyer da ready.. Beg hospital baby pon mama da siapkan..Tinggal bawak jer..Ni gambar kenangan2 operasi membasuh baju baby..hehe =)




Comel jer kan baju kecik2 ni..Rase cam x sabar lak nak pakaikan kat baby...=)
4 more weeks to go!

Monday 9 June 2014

Barang kerperluan baby & mama

I'm a Mom-to-be!Wah!x sabar rasenye..InsyaAllah dalam sebulan++ lagi..Sekarang dah 35 minggu. 5 minggu je lagi =)
                                                                                                                                             
Arini nak share cerita pasal persediaan nak sambut my little one kat dalam ni...So far keperluan baby dah hampir 100% complete..Cume 1, 2 bende je yg belom beli lagi..Xpe, lepas bersalin pon boleh beli lagi...
Keperluan mama pulak lebih kurang 90% complete..Sempat lagi nak shopping barang yang belom ade ni..

Sebelom beli barang baby aritu, aku buat research dulu barang pe yang perlu dibeli utk newborn..Yela, ni kan first time, mane la ade pengalaman lagi nak beli ape, pastu nak beli berapa banyak...Kebetulan plak time nak beli tu ade Mom & baby Expo kat Kuantan. So dah elok sangatlah tu..Ape lagi borong la jawabnyer..hihi...Tinggal beberapa minggu je sebelum due date..So, jom kite buat checklist sket ape yang dah & ape yang belom beli:

Barang keperluan baby:
1) Baju lengan panjang (Done)
2) Baju lengan pendek + rompers (Done)
3) Mitten & booties (Done: 17 psg)
4) Bonet@topi  (Done:3 helai)
5) Barut (Done: 16 helai)
6) Bedung (Done: 3 helai)- yang ni beli bedung moden yang boleh zip & ade pelekat tu
7) Tuala baby (Done: 3 helai)- kalau x cukup masa pantang boleh beli lagi =)
8) Tuala muka (Done: 3 helai)
9) Selimut baby (Done: 3 helai)- beli yang siap ade topi tu..comel jer tengok :)
10) Set mandian baby (Done: yang ni beli travel set & jugak set size sederhana)
11) Cotton bud (Done)
12) Cotton ball (Yang ni x beli lagi. Ingat nak ajak hubby pergi beli nanti)
13) Wet tissue (Done: 2 packs)
14) Pampers (Done: 3 packs)- Yang ni beli banyak2 aritu sebab ade promosi mase Mom & baby expo kat Zenith..Beli jenama Petpet..dapat free 1 pack S size
15) Kain lampin (Done: 4 helai)
16) Alas getah @ changing mat  (Done)
17) Set tilam kekabu baby (Done)
18) Bakul baju baby  (Done)
19) Minyak telon (Done: 1 botol- dah lupe brand pe)
20) Vicks (Done)
21) Thermometer (Done)
22) Nasal aspirator (Yang ni x beli lagi. Rasanye penting jugak ni especially time baby selsema)
23) Kelambu (Done)
24) Baby cot (Yang ni x beli lagi. Tengok atas keperluan dulu)
25) Stroller (Yang ni pon x beli lagi)
26) Car seat (Yang ni pon x beli lagi. Maybe lepas pantang baru beli kot)
27) Playmat (done. Kebetulan ade promosi, terus la beli)
28) Baby rocker (Done. Beli mase expo, dapat la murah sket..hehe)





Barang keperluan mama:
1) Bengkung tradisional & moden (Bengkung yg zig zag tu belom lg, tp PB da standby da)
2) Set bersalin / berpantang (Still mencari2 lagi set bersalin terbaik)
3) Breast pump (Done. Yg ni beli brand Lacte, sebab tertarik dgn ciri2 breast pump ni)
4) Nursing bra (Done)
5) Disposable Nursing pad (x beli lagi. next week kot g beli)
6) Washable Nursing pad (Done)
7) Thermos (Done)
8) Maternity pad (Done)

Nampaknyer ade lagi barang2 yang perlu disediakan sebelom baby mama ni keluar..Harap2 sempat la sediakan semuanyer by 36 weeks. Tak sabarnye nak jumpe si kecil mama ni ;)









Sunday 30 March 2014

New life begins...

12 September 2013....Dengan lafaz "Aku terima nikahnya", bermula lah kehidupan baruku sebagai seorang isteri...Isteri kepada Che Ku Ahmad Aizat Bin Che Ku Izan...Bile dengar je tok kadi sebut sah, rase macam syukur sangat2..sebab inilah impianku selama ni..rasa macam nak lompat2 pon ade jugak, tapi yela..kene la control ayu..name pon pengantin kan..haha :)

Alhamdulillah.....Berakhir sudah debaran si suami

Bersama mak & ma...
Oh mommy, I can't imagine my day without u..U're de best mom ever..Luv u!mmuaah!

with kakyong, mekngoh, qila & Ma..
Finally! We are Husband & wife! =)
Bila dah selesai sesi bergambar, sesi makan2 pulak....orang len sume g makan, tapi i ols segan la plak..haha..malu2 kucing nampak...kihkih..Lepas sume da balik, baru la i ols g makan...
tapi time hubby nak balik tu sedey la jugak, even lepas 2 ari jumpe lagi..saje ngade2 xnak lepas..
Da kawen ni len macam plak rasenyer (haha..gatainyer...)

Ok, dah2 la tu sesi menggatal...next entry nak story pasal majlis resepsi plak...
Kenduri belah pengantin perempuan dibuat 2 hari selepas akad nikah i.e. 14 september 2013 & 2 hari selepas tu kenduri sebelah laki plak..kebetulan time tu kan public holiday, 16 september 2013...

Thanks la kepada sesapa yang sudi membaca cerita i ols yg x berapa nak menarik ni..Tapi len kali bace lagi k..haha...
Till we meet again..
X.O.X.O..

<a href="http://www.bloglovin.com/blog/3800947/?claim=tfgvhvq7kmr">Follow my blog with Bloglovin</a>

Saturday 29 March 2014

Restock!

Assalamualaikum...

Pin It!Hai readers!Alamak aih!Da setahun x update blog!Banyak betol nak story mory kat sini, tapi nanti2la kan.Yang penting arini nak update pasal stock sabun marine yang dulunyer kemarau, sebab demand melebihi supply, tapi sekarang stock da kembali menimbun. Alhamdulillah!


So, kepada peminat2 si hijau ni yang da lame tercari2, bolehla contact I kalau nak order yer....kl area Kemaman / Kuantan boleh COD je kalau x jauh..Tapi maafla untuk yang kat Kemaman tu maybe lambat sket kl nak COD sebab since da kawen ni balik kampong pon bukannyer selalu..harap maklumla yer..Tapi no hal la kan, sebab abang posmen kan ade..hehe

Hmmm..malam ni just a short update..Next time I update lagi yer..

SMS / Whatsapp 0179827157

P/s: Maaf kepada sesape yang message from 8am to 5pm time weekdays (Mon-Fri), me akan reply ur message after 5pm k...Maaf atas kelewatan sebab time keje x boleh bawak masuk fon dalam plant. Poor me..huhu..But, no worries, after working hour I trus reply ur msg k ;)

OK then..till we meet again 
X.O.X.O..


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...