Saturday 21 June 2014

7 tips suami perlu tahu..

Assalamualaikum pembaca2 budiman sekalian..Malam ni terajin plak nak update blog..Da dekat2 nak due ni, makin banyak ilmu yang kene tau..Aku tertarik untuk berkongsi article dari majalah Pa&Ma (edisi Jun 2014)...iaitu 7 tips yang suami perlu tau saat isteri sedang sakit untuk melahirkan..

1) Sediakan keperluan diri
Rasanyer ramai dah sedia maklum proses kelahiran akan mengambil masa yang lame especially anak sulung (depends on case). So, si suami perlu la meneman isteri di wad. Jadi suami perlu bawak barangan peribadi seperti T-shirt, selipar & barang2 mandi. Jangan lupa bawak makanan sket in case kot2 lapar nanti

2) Tahu apa yang diperlukan isteri
Seelok2nya bincanglah dulu dengan isteri apa yang die mahu & xmahu sepanjang berada di bilik bersalin. Maklumlah bila isteri da sakit, mane la mampu nak fikir lagi kan..Cth, bila da sakit sangat, mungkin doc or nurse akan sarankan amik epidural or gas etonox, tapi isteri xnak...so tu semua tugas suami la utk maklumkan kepada doc or nurse

3) Tahu apa yang harus dijangkakan
ketika isteri sedang sakit , suami perlu memainkan peranan dengan membantunya mengurangkan rasa sakit yang dialami. Bagi orang Islam, seeloknya lafazkan doa Nabi Nuh (La ilaha illa anta subhanaka inni kuntu minazzolimin). Suami juga boleh berselawat & membuat solat hajat memohon kepada Allah agar dikurangkan sakit yang dialami isterinya dan semoga dipermudahkan segalanya..

4) Alihkan perhatian
Kontraksi yang dialami akan membuatkan si isteri tidak senang duduk. Suami boleh alihkan perhatian si isteri setiap kali kesakitan dialami, dengan harapan boleh membantu si isteri melupakan kesakitan yang dialaminya. Ajakla si isteri berbual kosong ataupon buatlah jenakan agar isteri tidak terlalu memikirkan sakit yang dialami.

5) Suami ialah orang utama
Walaupon si suami tiada pengalaman, tapi dialah yang menjadi tulang belakang & harapan si isteri saat2 isteri sedang kesakitan. Buatlah apa saje yang siperlukannya, termasuklah membeli makanan & minuman untuknya.

6) Bersedia membuat keputusan
Hanya si suami tahu apa yag si isteri mahukan. Dalam keadaan tertentu, si isteri mungkin tidak dapat membuat keputusan penting pada saat die perlu berdepan sakit kontraksi. So, suami hendaklah sentiasa bersedia membuat keputusan bila diminta untuk berbuat demikian.

7) Sabar menunggu
Proses kelahiran biasanye mengambil masa yang lama. Sebab itu lah suami hendaklah bersabar menunggu & setia menemani si isteri sepanjang masa =)

Hmmm..itulah sedikit sebanyak info yang aku dapat drp majalah Pa&Ma ni..Memang sejak pregnant suke sangat bace malajah ni sebab banyak info boleh dapat dari Pa&Ma ni...So, harap2 para suami sekalian at least da ade sedikit info ape yang perlu anda buat bila isteri tengah sakit nak bersalin (termasuklah my dearest husband..wink2 ;)

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...