Showing posts with label perkongsian. Show all posts
Showing posts with label perkongsian. Show all posts

Saturday, 28 June 2014

Tanda2 nak bersalin..

Bila fikirkan dah makin dekat ngan EDD, makin nervous lak rasenyer..tapi x sabar pon ade..But my mom cakap x perlu fikir sangat, berdoa je moga2 urusan kita dipermudahkan..insyaAllah mak..Tapi, aku yakin sume bakal ibu especially first time mom mesti nak tau or kene ambil tau jugak ape tanda2 kita hampir nak bersalin.. Aku summary kan dalam blog ni supaya senang jadi rujukan (for me la :))
Baby engage
Engage or dalam bahasa mudahnye bayi turun ke bawah. Biasenye utk 1st time mom, baby akan mula turun ke bawah 2~4 minggu sebelom EDD. Perut menjadi ringan sekitar 2 mggu sebelum kelahiran kerana kepala bayi sudah turun ke kawasan rangka tulang pelvis. Korang mungkin akan merasa:
1) sakit di bahagian kelangkang kerana bayi menekan
2) Kerap buang air kecil sebab kepala baby dah tekan pundi kencing
3) sakit perut, memulas
4) Kerap buang air besar
5) Kerap terkentut

Sakit belakang bahagian bawah
Apabila baby dah semakin ke bawah dan semakin berat, korang akan rasa sakit di belakang & pelvis akibat ligamen rahim & pelvis mula meregang

Kontraksi braxton-hicks
Kontraksi ini bermula seawal 28 minggu. Tapi sekarang ni mungkin korang akan rasa kontraksi ni makin kerap & makin sakit seperti cramp semasa period. Walaupon kontraksi ini tidak sekuat kontraksi sebenar, tapi ia membantu menipis, memendek & membuka serviks. Biasenye bila tukar posisi kedudukan, kontraksi ini akan hilang ataupon berkurangan.

Keputihan
Maybe korang perasan keputihan akan menjadi lebih putih & pekat

Cirit-birit
Hormon kelahiran yang bertindak pada usus boleh menyebabkan kekejangan abdomen & longgar. Pergerakan usus yang kerap boleh mengosongkan usus dan boleh memberi lebih banyak ruang untuk laluan bayi. Hormon kelahiran juga boleh membuatkan korang rasa loya.

Bloody show (lendir pekat & pendarahan)
Bila baby da engage, ditambah pula dengan kontraksi Braxton-hicks, ini boleh menyebabkan plak mukus tertanggal. Plak mukus ini fungsinya menghalang sebarang kemasukan bendasing ke dalam serviks, sekaligus menghalang kuman merebak kepada bayi. Plak mukus berlendir pekat & bercampur darah. Ketiadaan plak ini membolehkan bayi bergerak ke bawah lagi dengan perlahan-lahan

Air ketuban pecah
1/10 ibu hamil mengalami kebocoran air ketuban sebelum kelahiran. Korang kena pergi hospital cepat2 kalau air ketuban da pecah sebab bimbang kalau2 air ketuban dah kurang dan ini boleh membahayakan baby.

Berat badan berkurangan
Berat badan akan berkurangan sedikit apabila masa bersalin hampir tiba

Kontraksi sebenar
Kontraksi sebenar berbeza dengan kontraksi palsu (braxton hicks). Kontraksi ini adalah tetap dan semakin kerap dari semasa ke semasa..

Setakat ni, xde lagi tanda2 besar seperti pecah ketuban, keluar darah or kontraksi sebenar. Tapi tanda2 lain macam baby engage, kerap membuang air kecil + besar, berat badan berkurangan, sakit belakang & sakit bahangian kelangkang tu memang da ade sebab kepala baby da tekan kat bawah. Kontraksi palsu or braxton hicks pulak makin kerap sekarang ni, cume kontraksi ni x tetap jer..Bila tukar posisi, kontraksi ni makin berkurangan..So, belom masenye la nak bersalin kan..
Agaknyer anak mama nak bagi mama peluang puase dulu kot..hehe
Pape pon, mama harap anak mama keluar sebelum due yer syg...

How about yours?da ade tanda2 belom?Do share with me k ;)

Saturday, 21 June 2014

7 tips suami perlu tahu..

Assalamualaikum pembaca2 budiman sekalian..Malam ni terajin plak nak update blog..Da dekat2 nak due ni, makin banyak ilmu yang kene tau..Aku tertarik untuk berkongsi article dari majalah Pa&Ma (edisi Jun 2014)...iaitu 7 tips yang suami perlu tau saat isteri sedang sakit untuk melahirkan..

1) Sediakan keperluan diri
Rasanyer ramai dah sedia maklum proses kelahiran akan mengambil masa yang lame especially anak sulung (depends on case). So, si suami perlu la meneman isteri di wad. Jadi suami perlu bawak barangan peribadi seperti T-shirt, selipar & barang2 mandi. Jangan lupa bawak makanan sket in case kot2 lapar nanti

2) Tahu apa yang diperlukan isteri
Seelok2nya bincanglah dulu dengan isteri apa yang die mahu & xmahu sepanjang berada di bilik bersalin. Maklumlah bila isteri da sakit, mane la mampu nak fikir lagi kan..Cth, bila da sakit sangat, mungkin doc or nurse akan sarankan amik epidural or gas etonox, tapi isteri xnak...so tu semua tugas suami la utk maklumkan kepada doc or nurse

3) Tahu apa yang harus dijangkakan
ketika isteri sedang sakit , suami perlu memainkan peranan dengan membantunya mengurangkan rasa sakit yang dialami. Bagi orang Islam, seeloknya lafazkan doa Nabi Nuh (La ilaha illa anta subhanaka inni kuntu minazzolimin). Suami juga boleh berselawat & membuat solat hajat memohon kepada Allah agar dikurangkan sakit yang dialami isterinya dan semoga dipermudahkan segalanya..

4) Alihkan perhatian
Kontraksi yang dialami akan membuatkan si isteri tidak senang duduk. Suami boleh alihkan perhatian si isteri setiap kali kesakitan dialami, dengan harapan boleh membantu si isteri melupakan kesakitan yang dialaminya. Ajakla si isteri berbual kosong ataupon buatlah jenakan agar isteri tidak terlalu memikirkan sakit yang dialami.

5) Suami ialah orang utama
Walaupon si suami tiada pengalaman, tapi dialah yang menjadi tulang belakang & harapan si isteri saat2 isteri sedang kesakitan. Buatlah apa saje yang siperlukannya, termasuklah membeli makanan & minuman untuknya.

6) Bersedia membuat keputusan
Hanya si suami tahu apa yag si isteri mahukan. Dalam keadaan tertentu, si isteri mungkin tidak dapat membuat keputusan penting pada saat die perlu berdepan sakit kontraksi. So, suami hendaklah sentiasa bersedia membuat keputusan bila diminta untuk berbuat demikian.

7) Sabar menunggu
Proses kelahiran biasanye mengambil masa yang lama. Sebab itu lah suami hendaklah bersabar menunggu & setia menemani si isteri sepanjang masa =)

Hmmm..itulah sedikit sebanyak info yang aku dapat drp majalah Pa&Ma ni..Memang sejak pregnant suke sangat bace malajah ni sebab banyak info boleh dapat dari Pa&Ma ni...So, harap2 para suami sekalian at least da ade sedikit info ape yang perlu anda buat bila isteri tengah sakit nak bersalin (termasuklah my dearest husband..wink2 ;)

Thursday, 22 November 2012

Just a reminder to all of Us: 5 PERKARA

Sekadar Renungan:

Ingatlah 5 Perkara SEBELUM 5 Perkara..iaitu:


1. Sihat sebelum sakit – Buatla sesuatu yang berfaedah dan mendatangkan kebaikan kepada diri kita dan orang-orang disekeliling semasa kita masih sihat.2. Muda sebelum tua – Waktu muda inilah saatnya kita berusaha mencari kemewahan disamping tidak lupa kewajiban kepada Maha Pencipta, kelak bila dah tua anda tidak lagi memikirkan hal duniawi.
3. Kaya sebelum miskin – Waktu kaya berharta, kita boleh menolong orang yang lebih susah kerana sedekah yang ikhlas akan jadi bekalan di hari kemudian untuk menghadapNYA.
4. Lapang sebelum sempit – Waktu kita masih ada kelapangan inilah waktu yang paling sesuai mendalami ilmu agama untuk pedoman kita & menambahkan ilmu di dada.
5. Hidup sebelum mati – Sesungguhnya sewaktu hidup semua 4 perkara di atas boleh kita lakukan. kelak, bila kita telah tiada hanya amal soleh, sedekah jariah dan doa anak yang soleh yang mengiringi jasad & roh kita.
Jadi, kawan2, marila kita sama2 renungkan & muhasabah diri...sesungguhnya Jodoh, Ajal & Maut itu ketentuan Allah S.W.T..
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...