Showing posts with label 38 weeks. Show all posts
Showing posts with label 38 weeks. Show all posts

Sunday, 29 June 2014

Tips berpuasa untuk ibu hamil

Assalamualaikum ibu2 sekalian..Ahlan wasahlan ya Ramadhan...

Memandangkan esok da start berpuasa, so marilah kita same2 belajar tips2 puasa untuk ibu hamil..Apabila berpuasa, sudah tentu kita tidak boleh makan sekerap biasa. Namun, kita boleh makan sehingga 3 kali iaitu ketika bersahur, berbuka & sela masa antara berbuka & bersahur. 
Sekarang kandunganku da cecah 38 minggu. Walaupon da sarat, tapi still rase nak puasa jugak selagi mampu & selagi tidak membahayakan baby dalam kandungan. InsyaAllah..Yang penting kene bersahur dengan makanan yang boleh memberikan tenaga untuk sepanjang hari berpuasa..

Semasa bersahur:
Bersahur sangat2 penting untuk ibu hamil. Semasa bersahur, seelok2nya makan buah2an seperti kurma dan pisang atau makanan bijiran berserat tinggi dengan susu krim rendah lemak. Alternatif lain, korang boleh juga mengambil nasi beras perang atau roti bijian penuh yang dimakan bersama kuah masakan. Jangan lupe minum air masak sekurang2nya 2 liter sebelom habis waktu bersahur untuk mengelakkan dehidrasi..Elakkan makanan bergula yang boleh menyebabkan paras gula tinggi mendadak. Teh juga perlu dielakkan sewaktu bersahur kerana ia boleh menyebabkan penyahidratan.


Semasa berbuka
Mulakan buka puasa/iftar dengan 3 biji  buah kurma atau jus kurma. Kurma bagus untuk meneutralkan semula tahap gula dalam darah. Korang juga boleh minum susu atau yogurt rendah lemak. Makan apa2 sup (disarankan ambil sup jernih). Seterusnya, makan makanan yang mengandungi protein (ayam, daging,ikan @ kekacang), karbohidrat kompleaks (nasi atau roti bijian penuh) dan sayur-sayuran yang boleh disediakan dalam apa jua bentuk / jenis masakan.
Peringatan: Utamakan makanan berkarbohidrat yang mudah dihadam & elakkan pengambilan makanan yang tinggi kandungan lemaknya .

Namun, jika korang mengalami keadaan2 seperti yang tersenarai di bawah, disarankan agar segera berbuka puasa untuk mengurangkan risiko kepada bayi & ibu hamil itu sendiri:

  • tiba2 mengalami pendarahan walaupon sedikit
  • kontraksi pramatang i.e. 4 kali atau lebih dalam masa sejam (biasanya disebabkan oleh penyahidratan)
  • terlalu letih
  • pening @ sakit kepala yang teruk
  • bayi dalam kandungan kurang bergerak
  • hyperglacemia akibat kurang gula
  • penglihatan menjadi kabur
O.k lah setakat tu jer perkongsian daku arini.. Selamat berpuasa untuk seluruh umat Islam di dunia ini especially untuk ibu2 hamil. =)



Saturday, 28 June 2014

Tanda2 nak bersalin..

Bila fikirkan dah makin dekat ngan EDD, makin nervous lak rasenyer..tapi x sabar pon ade..But my mom cakap x perlu fikir sangat, berdoa je moga2 urusan kita dipermudahkan..insyaAllah mak..Tapi, aku yakin sume bakal ibu especially first time mom mesti nak tau or kene ambil tau jugak ape tanda2 kita hampir nak bersalin.. Aku summary kan dalam blog ni supaya senang jadi rujukan (for me la :))
Baby engage
Engage or dalam bahasa mudahnye bayi turun ke bawah. Biasenye utk 1st time mom, baby akan mula turun ke bawah 2~4 minggu sebelom EDD. Perut menjadi ringan sekitar 2 mggu sebelum kelahiran kerana kepala bayi sudah turun ke kawasan rangka tulang pelvis. Korang mungkin akan merasa:
1) sakit di bahagian kelangkang kerana bayi menekan
2) Kerap buang air kecil sebab kepala baby dah tekan pundi kencing
3) sakit perut, memulas
4) Kerap buang air besar
5) Kerap terkentut

Sakit belakang bahagian bawah
Apabila baby dah semakin ke bawah dan semakin berat, korang akan rasa sakit di belakang & pelvis akibat ligamen rahim & pelvis mula meregang

Kontraksi braxton-hicks
Kontraksi ini bermula seawal 28 minggu. Tapi sekarang ni mungkin korang akan rasa kontraksi ni makin kerap & makin sakit seperti cramp semasa period. Walaupon kontraksi ini tidak sekuat kontraksi sebenar, tapi ia membantu menipis, memendek & membuka serviks. Biasenye bila tukar posisi kedudukan, kontraksi ini akan hilang ataupon berkurangan.

Keputihan
Maybe korang perasan keputihan akan menjadi lebih putih & pekat

Cirit-birit
Hormon kelahiran yang bertindak pada usus boleh menyebabkan kekejangan abdomen & longgar. Pergerakan usus yang kerap boleh mengosongkan usus dan boleh memberi lebih banyak ruang untuk laluan bayi. Hormon kelahiran juga boleh membuatkan korang rasa loya.

Bloody show (lendir pekat & pendarahan)
Bila baby da engage, ditambah pula dengan kontraksi Braxton-hicks, ini boleh menyebabkan plak mukus tertanggal. Plak mukus ini fungsinya menghalang sebarang kemasukan bendasing ke dalam serviks, sekaligus menghalang kuman merebak kepada bayi. Plak mukus berlendir pekat & bercampur darah. Ketiadaan plak ini membolehkan bayi bergerak ke bawah lagi dengan perlahan-lahan

Air ketuban pecah
1/10 ibu hamil mengalami kebocoran air ketuban sebelum kelahiran. Korang kena pergi hospital cepat2 kalau air ketuban da pecah sebab bimbang kalau2 air ketuban dah kurang dan ini boleh membahayakan baby.

Berat badan berkurangan
Berat badan akan berkurangan sedikit apabila masa bersalin hampir tiba

Kontraksi sebenar
Kontraksi sebenar berbeza dengan kontraksi palsu (braxton hicks). Kontraksi ini adalah tetap dan semakin kerap dari semasa ke semasa..

Setakat ni, xde lagi tanda2 besar seperti pecah ketuban, keluar darah or kontraksi sebenar. Tapi tanda2 lain macam baby engage, kerap membuang air kecil + besar, berat badan berkurangan, sakit belakang & sakit bahangian kelangkang tu memang da ade sebab kepala baby da tekan kat bawah. Kontraksi palsu or braxton hicks pulak makin kerap sekarang ni, cume kontraksi ni x tetap jer..Bila tukar posisi, kontraksi ni makin berkurangan..So, belom masenye la nak bersalin kan..
Agaknyer anak mama nak bagi mama peluang puase dulu kot..hehe
Pape pon, mama harap anak mama keluar sebelum due yer syg...

How about yours?da ade tanda2 belom?Do share with me k ;)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...